Thursday, January 28, 2010

annual Grand Meeting 2009/2010



Pada hari Rabu, 27 Januari 2010, majlis terpaksa dimulakan lewat dari perancangan awal majlis iaitu 8.00 malam kepada 8.30 malam. Hal ini disebabkan kerana hujan telah turun renyai-renyai dan menyukarkan para jawatankuasa penganjur dan para pelajar untuk datang ke tempat mesyuarat diadakan. Majlis telah dihadiri oleh En NorFadzli bin Adull Manan,penasihat PSSKM, En Zulkefli bin Mohammad,ketua program EM220,ahli-ahli jawatankuasa lama PSSKM dan para pelajar fakulti kejuruteaan mekanikal. Majlis dimulakan dengan pengacara majlis, saudara Arif Hafizie menjemput Wan Zul hazri untuk membacakan doa. Seterusnya diikuti dengan ucapan daripada bekas presiden PSSKM iaitu saudara Muhammad Fadzli bin Sabtu. Antara ucapan beliau ialah mengharapkan barisan kepimpinan yang bakal dilantik dapat memberikan khidmat bakti yang cemerlang kepada persatuan dan juga fakulti. Seterusnya ucapan daripada penasihat PSSKM iaitu En. NorFadzli bin Adull Manan. Ucapan beliau telah Berjaya memberikan ransangan dan semangat kepada para pelajar yang hadir untuk memberikan khidmat kepada persatuan ini.

Majlis diteruskan dengan saudara Mustakim bin Omar telah menerangkan serba ringkas mengenai peranan dan fungsi setiap jawatankuasa dan juga exco-exco yang bakal dilantik dari  jawatan presidan hingga kepada jawatan exco. Selepas itu, majlis perlantikan bagi ahli jawatankuasa baru telah dimulakan  dengan terdapat sepuluh jawatan exco dan tujuh majlis tertinggi telah dipertandingkan. Undi telah dilakukan secara undi tangan bermula dari jawatan timbalan presiden hinggalah kepada jawatan exco. Bagi jawatan presiden pula, ia dipilih berdasarkan hasil penilaian dan persetujuan bekas-bekas ahli majlis tertinggi PSSKM terdahulu yang telah sebulat suara telah memilih saudara Aiman Bin Isa sebagai presiden PSSKM yang baru.

Seterusnya, kesemua ahli-ahli dan exco-exco PSSKM yang lama dan baru telah bergambar kenang-kenangan di dalam dewan kuliah. Majlis berlabuh tirai pada pukul 11.00 malam dengan diakhiri sedikit jamuan makan.