Monday, October 4, 2010

Intervarsity Paintball Challenge IPC 2010 anjuran KRESMA


Intervarsity Paintball Challenge (IPC) telah berlansung yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi (KRESMA). Kelab Rekreasi telah menjemput Persatuan Siswa Siswi Kejuteraan Mekanikal untuk menghantar sebanyak 35 peserta iaitu dalam bentuk 4 kumpulan termasuk 4 orang bertindak sebagai manager.

Pada 1 oktober 2010, Semua ketua pasukan dipanggil ke pusat sukan untuk diberikan satu taklimat pada pukul 3 petang. Pendaftaran pasukan juga dibuat pada petang tersebut. Taklimat diberikan oleh marshall paintball pada petang itu berkenaan pengenalan sukan paintball ini di Malaysia. Seterusnya, menerangkan tentang peraturan-peraturan, kedudukan padang paintball dan cara-cara mengendalikan senjata paintball. IPC akan dijalankan dipadang perindu dimana kesemua pasukan-pasukan seluruh Malaysia akan masuk bertanding.

Antara pasukan yang menghantar pasukan mereka adalah daripada Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Tunku Abdul Razak(UNiTAR), Management science University(MSU), Multimedia Management University(MMU). Selebihnya daripada pelajar UiTM Shah Alam dan UiTM Perak.

Persatuan Siswa Siswi Kejuteraan Mekanikal telah menghantar 4 kumpulan dan menamakan setiap kumpulan terdiri daripada unsur alam iaitu Earthbender, Airbender, Firebender dan Waterbender. PSSKM juga secara tidak langsung menjadi antara pasukan yang diberikan harapan oleh kresma sendiri sebagai salah salah satu pasukan yang mewakili UiTM sendiri dimana hanya 14 pasukan sahaja yang berasal daripada uitm. Dua pasukan dihantar oleh Fakulti Sains Sukan dan rekreasi dimana salah satu pasukan mereka iaitu “Sportrec Eagle” merupakan antara pasukan semifinalise semasa “Paintball MEC2010” pada Julai lalu. Empat pasukan dihantar daripada Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Komputer (FTMSK) . Dua pasukan daripada MASSA (Mass Communication Students Association) dan dua pasukan daripada Kresma sendiri.

IPC dimulakan seawal 8.30 pagi pada 2 oktober 2010, cabutan undi dijalankan pada pada pagi tersebut. Setiap pasukan dikehendaki bermain peringkat kumpulan pada pusingan pertama dimana semua pasukan haruslah bertarung sebanyak 4 kali untuk mengumpul mata terbanyak. Kesemua pasukan Mekanikal atau lebih dikenali sebagai “Mechanical Warrior” bertarung bermati-matian sehingga tamat peringkat kumpulan dengan mata yang terkumpul mereka sendiri. Oleh kerana IPC merupakan pertandingan peringkat kebangsaan, kebanyakkan kumpulan yang dihantar daripada universiti lain merupakan pasukan yang elite. Pusingan pertama tamat.

Keputusan daripada pihak penganjur dikeluarkan sebaik sahaja kesemua perlawanan tamat pada hari tersebut. Dengan ini, hanya 16 pasukan dengan kutipan mata terbaik sahaja layak ke pusingan kalah mati. Oleh kerana itu, pasukan dengan mata yang banyak akan di pilih daripada keseluruhan pasukan. Tidak kira berapa kali kalah atau berapa kali menang, keputusan pihak penganjur adalah atas ketinggian kutipan mata keseluruhan yang diterima daripada pihak marshall.

Keputusan untuk pusingan kedua dikeluarkan, hanya pasukan “EARTH BENDER” sahaja yang layak. Sedikit maklumat daripada pasukan “EARTH BENDER” ini sendiri. Pasukan ini terdiri daripada pelajar FKM yang telah mewakili fakulti dalam acara Paintball SAF2010 dimana mereka tidak layak kepusingan seterusnya dibelakang “SPORTREC EAGLE” pada kedudukan kedua. Selain daripada itu, pasukan “AIR BENDER” juga merupakan semifinalis paintball “MEC2010”, akibat daripada ketiadaan tuah, mereka juga turut tersingkir pada pusingan pertama bersama pasukan “FIRE BENDER” dan juga “WATER BENDER”

“EARTH BENDER” meneruskan perjuagan mereka, membawa nama fakulti kejuruteraan mekanikal (FKM) sendiri keperingkat seterusnya. “K3B” merupakan pasukan yang harus ditempuh pada peringkat kalah mati ini. Tembakan demi tembakan dikeluarkan oleh setiap pasukan, walaubagaimanapun, nasib menyebelahi pasukan Earth bender dimana mereka memenangi perlawanan ini dengan hanya tinggal seorang sahaja pemain di atas padang tempuran. Mereka dengan ini layak ke peringkat suku akhir.

Di peringkat ini, mereka telah tewas. Berakhir lah sudah perjalan “Mechanical Warior”. Walaupun bermasam muka, namun alhamdullilah, masing-masing dapat pengalaman dan semua pemain berada dalam keadaan sihat sejahtera tanpa sebarang kecederaan dialami. Masa untuk bergambar dan berehat.

Kami pulang kerumah masing-masing dengan mendengan khabar berita bahawa “JS REGION” daripada MASSA telah memenangi hadiah RM1500 tersebut. Final perlawanan tersebut adalah antara J'sRegion dan juga pasukan daripada MMU.

Berikut adalah gelagat-gelagat pasukan MECHANICAL WARRIOR :











Ucapan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan menyertai pertandingan “Intervarsiti Paintball Challenge 2010” (IPC). Secara tidak langsung, kami dapat merapatkan hubungan antara dua persatuan besar UiTM dan berharapkan agar dapat berkerjasama di masa akan datang.