Monday, October 12, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009



Pada hari Rabu, 14 Oktober 2009,bersamaan 24 Syawal 1430 Hijrah tepat jam 12.00 tengahari para ahli jawatankuasa berkumpul dan membuat persiapan akhir sebelum aktiviti bermula agar aktiviti yang bakal dijalankan berjalan lancar dan sistematik tanpa mengundang sebarang masalah. Tepat jam 12.30 ketibaan para pelajar FKM di foyer Sains dan Teknologi (S&T), UiTM Shah Alam dan dalam masa yang sama berlangsung pendaftaran untuk penyertaan pertandingan Saringan Karaoke, Pertandingan Mengayam Ketupat, dan Kuiz Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Selepas pendaftaran pertandingan para pelajar FKM dihidangkan dengan Jamuan Makan Tengahari. Semua pelajar menjamu selera di Khemah yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur di sekitar foyer S&T. Pertandingan-pertandingan seperti mengayam ketupat dan sebagainya bermula  secara serentak tepat jam 3.00 petang. Untuk Pertandingan Mengayam Ketupat, pertandingan ini mendapat sambutan hangat daripada para Pelajar FKM tidak kira lelaki atau perempuan. Reben digunakan bagi menggantikan daun kelapa kerana kesukaran untuk mendapatkannya. Pertandingan ini berjalan di sekitar foyer S&T dan para peserta pertandingan amat bersungguh-sungguh dan semangat untuk menang. Dalam masa yang sama, Pertandingan Karaoke turut berlangsung di pentas. Pertandingan Karaoke ini diadili oleh Juri dari PSSKM. Untuk pertandingan ini, Para Peserta dikehendaki untuk menyanyikan lagu-lagu Raya bersesuaian dengan Majlis Sambutan Hari Raya. Disebelah Kiri pentas pula berlangsung Kuiz bersempena Dengan Hari Raya Aidilfitri. Untuk Kuiz Sempena Hari Raya ini, para peserta dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan mengenai Aidilfitri dan Ramadhan. Pertandingan-pertandingan ini berlangsung selama 2 jam sehingga jam 5 petang. Aktiviti untuk sesi petang tamat pada jam 5 petang dan disambung pada waktu malamnya pula iaitu bermula jam 8 malam.

Pada sebelah malamnya pula, bermula jam 8 malam, iaitu ketibaan para pelajar. Pada malam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 2009 ini para pelajar FKM menggayakan pakaian-pakaian raya seperti Baju Melayu dan Baju Kurung secara tidak langsung menceriakan majlis sambutan ini lagi dengan pakaian yang meriah dan berwarna warni. Pada jam 8.20 pula ketibaan adik-adik yang diraikan daripada Rumah Aman Seksyen Dua diiringi oleh warden mereka. Seterusnya ketibaan Para jemputan dan VIP iaitu Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Madya. Ir. Dr. Hj. Ahmed Jaffar, diiringi Timbalan Dekan (Sumber & Pelajar) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Madya Hj. Sunhaji Kiyai Abas, Pensyarah-Pensyarah, Staf-staf, Presiden PSSKM dan Pengarah Program pada jam 8.30 malam.

Pada jam 8.30 malam, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 2009 dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengacara majlis daripada ahli jawatankuasa pelaksanana sendiri iaitu saudara Ibra Adeni bin Ahmed Jelani dan saudari Nur Ainaa Bt Zainal. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh saudara Wanzulhazri bin Wan Zulkifli bagi memberkati lagi Majlis Sambutan Hari Raya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 2009. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengarah Program iaitu saudara Aiman Bin Isa, Presiden PSSKM saudara Mohd Fadzli Bin Sabtu dan seterusnya Ucapan daripada Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Prof. Madya. Ir. Dr. Hj. Ahmed Jaffar seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 2009.

Para tetamu dijemput untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah yang telah disediakan sejurus gimik Perasmian yang telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Prof. Madya. Ir. Dr. Hj. Ahmed Jaffar. Sambil para tetamu menjamu selera, para tetamu disajikan dengan nyanyian lagu Raya oleh finalis Pertandingan Akhir Karaoke dan cabutan bertuah. Tepat jam 9.45 malam, Persembahan dari adik-adik dari Rumah Aman Seksyen 2 dan pemberian Duit Raya kepada mereka oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Prof. Madya. Ir. Dr. Hj. Ahmed Jaffar. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cabutan Bertuah.

Sebelum Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 2009 berakhir, pemenang untuk Putera Puteri diumumkan. Pemenang bagi anugerah Putera disandang oleh  Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sendiri iaitu Prof. Madya. Ir. Dr. Hj. Ahmed Jaffar dan Puteri pada malam tersebut pula saudari Fatin Fasihah Binti Haris. Jam 10.30 malam majlis ditutup dengan ucapan penutup oleh pasangan pengerusi majlis dan kepulangan VIP, para-para pensyarah, para pelajar FKM.


pertandingan menganyam ketupat



Perasmian Majlis Sambutan Hari raya 2009



persembahan dariada anak-anak yatim Rumah Aman, Seksyen 2.

Kakitangan organisasi Majlis Sambutan Hari Raya 2009

Persembahan kebudayaan (Tarian Zapin)


Pemenang Pertandingan Karoeke raya 2009