Monday, July 19, 2010

MEC 2010 was DONE!

PERJALANAN MEC 2010

Pada hari pertama karnival, Khamis, 15 Julai 2010, bermula pada jam 9 malam, bertempat di Menara S&T, telah berlangsung program ‘Tayangan Amal’. ‘Tayangan Amal’ ini bertujuan untuk menghulurkan sumbangan dari kutipan derma semasa tayangan tersebut untuk anak-anak yatim di Rumah Anak-anak yatim Seksyen 2. Dewan Kuliah B telah digunakan untuk program ini dan filem yang ditayangkan ialah ‘Alice in Wonderland’. Pada tarikh yang sama juga, sepatutnya ‘Book Fair’ atau Pameran Buku turut dijalankan di Foyer Menara S&T, akan tetapi program ini terpaksa dibatalkan pada minit terakhir disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

 

Pada hari berikutnya, Jumaat, 16 Julai 2010, karnival diteruskan lagi dengan Program ‘Kempen Derma Darah’ menjadi acara pembukaan pada hari tersebut yang bermula pada pukul 8.30 pagi. Program ini melibatkan usahasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Seramai lebih kurang 80 orang yang telah menderma darah pada program tersebut dan program ini berakhir pada jam 5 petang.  Pada hari yang sama, telah dijalankan program ‘GreenRob’ bertempat di Foyer Bangunan Sains dan Teknologi (Menara S&T). Program ini juga bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 6 petang. Program ini memerlukan kekreatifan dan pemikiran inovatif para peserta dalam membuat model robot menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kotak dan tin biskut. Ini melibatkan pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan seluruh warga UiTM. Program yang turut berlangsung pada waktu tersebut ialah ‘Bengkel Automotif’. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar terutamanya kalangan pelajar perempuan tentang komponen-komponen penting automotif. Program berikutnya yang berlangsung pada hari tersebut, bermula jam 3.00 petang ialah ‘Konvoi MEC2010’. Konvoi ini disertai oleh kru-kru MEC2010 dan para pelajar FKM bertujuan untuk mengumumkan bermulaannya Mechanical Engineering Carnival 2010 (MEC2010). Konvoi ini dilakukan disekitar Kawasan UiTM terutama di kawasan tumpuan orang ramai. Selain itu, bertempat di parkir Seroja, berlangsungnya ‘Cuci-Cuci Charity’. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk rumah anak-anak yatim. Program ini berlangsung sehingga hari terakhir karnival iaitu hari Ahad. Setiap kereta yang dicuci dikenakan bayaran sekurang-kurangnya Rm5 sahaja. Pada waktu malamnya bermula jam 9 malam, bertempat di Dataran Kolej Mawar telah diadakan Engineering Forum yang bertajuk ‘Engineering Dilemma’. Forum ini telah menjemput Majlis Perwakilan Pelajar dari Fakulti-Fakulti Kejuruteraan sebagai panel forum tersebut. Forum ini telah dihadiri oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Prof. Madya Sunhaji Kiyai Abas dan kehadiran pelajar untuk forum ini sangat memberangsangkan. Pelbagai isu-isu berkaitan dengan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan telah dibangkitkan antaranya ialah etika pakaian pelajar-pelajar kejuruteraan dan lain-lain lagi.

 

Pada hari ketiga karnival, Sabtu, 17 Julai 2010, hari tersebut dimulai dengan program ‘Pertandingan Paintball’ yang bertempat di Padang Kolej Seroja. Program ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Sebanyak 32 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan warga UiTM. Penganjuran pertandingan ini telah merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara warga UiTM dan menambahkan pengalaman baru kepada jawatankuasa perlaksana. Selain itu ‘Pertandingan Futsal’ turut berlangsung di Padang Kolej Seroja bermula jam 8 pagi sehingga jam 6 petang dan bersambung pada keesokan harinya sehingga pertandingan ini tamat. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat dimana sebanyak 32 pasukan telah turut serta dalam pertandingan ini. Pada waktu yang sama juga telah berlangsungnya ‘Science & Technology Fair’. Program ini telah disertai oleh para pelajar sekolah. Pelbagai pertandingan telah dipertandingkan seperti ‘floating tower’ dan ‘rocket lauching’. Selain itu, ‘Mechanical Engineering Conference’ (MESCO) turut berlangsung di Dewan Kuliah F. MESCO ini telah diwakili oleh tiga buah Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Industri Selangor (UNISEL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (POLISAS). MESCO ini bertujuan untuk membentuk integriti, kerjasama, dan toleransi antara pelajar Kejuruteraan Mekanikal antara university-universiti secara tidak langsung membincangkan prospek hala tuju masa depan Kejuruteraan Mekanikal di Malaysia. Antara pengisian lain program ini adalah ceramah yang bertajuk ‘‘Profesionalisme Towards Creative And Innovative’ disampaikan oleh En Fathullah Razzad bin Ghazali, Pengurus Kanan (pembangunan Bisnes) Tenaga Nasional  Berhad dari Institute of Engineer Malaysia (IEM). Seterusnya, bertempat di Dataran Kolej Mawar, berlangsungnya Sukan Go-kart dari jam 8pagi sehingga jam 6 petang. Golongan sasaran sukan Go-Kart ini adalah kalangan pelajar yang tinggal di kolej dan para pengunjung karnival ini. Sebanyak RM 15 dikenakan untuk memandu kereta Go-Kart ini selama 15 minit. Pada malamnya, bermula jam 8 malam sehingga jam 11.30 malam bertempat di Dataran Kolej Mawar telah berlangsung program ‘Pertandingan Kugiran Nostalgia’. Sebanyak 9 kumpulan yang terdiri dari pelajar UiTM keseluruhannya telah menyertainya. Sambutan dari penonton sangat menggalakkan dan persembahan dari peserta juga menghiburkan dan lagu-lagu yang dimainkan bertemakan zaman 60an, 70an dan 80an.

 

Pada hari terakhir karnival Ahad, iaitu 18 Julai 2010, MEC2010 bermula jam 9 pagi, program disantapkan lagi dengan ‘Pertunjukan Drift’ dari pemandu professional. Dalam masa yang sama karnival dimeriahkan lagi dengan pertandingan ‘Autoshow’ yang disertai lebih dari 40 penyertaan seluruh Malaysia. ‘Pertunjukan Drift ini dihentikan sebentar untuk memberi ruang kepada ‘Majlis Perasmian Penutup Mechanical Enigineering Carnival 2010 (MEC2010)’. Majlis ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Ir. Dr Ahmed Jaffar diiringi oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Prof Madya Sunhaji Kiyai Abas dan penasihat program MEC2010, En. Amir Radzi Ab.Ghani. Turut serta untuk Majlis ini ialah pengarah program MEC2010, saudara Ibra Adeni Ahmad Jelani, saudara Aiman bin Isa selaku Presiden Persatuan Siswa Siswi Kejuruteraan Mekanikal dan juga Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) FKM, saudara Naufal Azahar dan juga saudara Muhammad Nor Al-Hafiq Al-Mazeni. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran krew-krew MEC2010 dan para pengunjung carnival walaupun dalam keadaan hujan. Sebagai kemuncak upacara perasmian, para tetamu VIP diberi peluang untuk menaiki kereta drift tersebut yang dipandu oleh pemandu-pemandu professional drift. Upacara ini diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sebelum ini seperti ‘Pertandingan Kugiran Nostalgia’ dan lain-lain lagi. Pihak penganjur, Persatuan Siswa Siswi Kejuruteraan Mekanikal berharap agar ‘Mechanical Engineering Carnival’ ini dapat diteruskan lagi pada generasi akan datang.



Opening woth MEC convoy by the students of the faculty itself!







GreenRob Competition win by Pepatun Artwork Team (From FSSR)


Bengkel Automotif




Thursday, July 8, 2010

MEC 2010 just around the corner

Tentatif MEC 2010:


15 JULAI 2010 (KHAMIS)
i) Tayangan Amal (DK B, Bangunan S&T)

16 JULAI 2010 (JUMAAT)
i) Kempen Derma Darah (Foyer PTAR4)
ii) GreenRob (Foyer S&T)
iii) Bengkel Automotif (Bengkel Automotif, Blok 2, Bangunan S&T)
iv) ''Cuci-cuci'' Charity (Parking Seroja)
v) Futsal Tournament (Kompleks Sukan)
vi) Engineering Forum (Dataran Mawar)



17 JULAI 2010 (SABTU)
i) Book Fair (Foyer S&T)
ii) Paintball (Padang Seroja)
iii) Pameran Sains & Teknologi (Foyer S&T)
iv) Go-kart (Dataran Mawar)
v) Futsal (Kompleks Sukan)
vi) MESCO (Student's conference)
vii) ''Cuci-cuci'' charity (Padang Seroja)
viii) Battle of the Band (Dataran Mawar)






18 JULAI 2010 (AHAD)
i) Drift challenge (Padang Kawad)
ii) Autoshow & Autosaloon (Stadium UiTM)
iii) ''Cuci-cuci'' charity (Parking Seroja)
vi) Majlis Perasmian & Penutup MEC 2010 (Padang Kawad)

Gambar-gambar MEC 2009