Alhamdulillah...berakhir sudah program kempen derma darah anjuran PSSKM sendiri yang berlangsung pada tanggal 12 Mac 2010 (Jumaat) dari jam 9.00 am hingga 4.00 pm. Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dalam program ini sama ada secara langsung ataupun tidak, terutamanya para peserta sekalian & AJK yang bertugas.
Tahniah juga diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya mendermakan darah mereka kepada pihak hospital (HTAR, Klang)! Anda sememangnya warga UiTM yang berkeyakinan tinggi dan yang paling penting berhati mulia...Kesedaran tentang kepentingan menderma darah kepada yang memerlukan merupakan objektif utama program ini dijalankan selain membentuk mahasiswa yang berketerampilan.
Sambutan yang sangat menggalakkan, target kami hanyalah lebih kurang 100 orang peserta sahaja, tetapi siapa yang sangka jumlah peserta sebelum solat jumaat saja sudah mencecah ke 80 orang. Para peserta adalah dari warga S&T sendiri (FKM, FKA, FKE, FKK & MEDIC), tidak ketinggalan juga pelajar dari FSKM, FSPU, FSPPP, Dentistry serta Account turut menyertai program kami ini. Jumlah keseluruhan peserta yang terlibat adalah 135 orang dan hanya 98 orang yang berjaya melakukan pendermaan darah mereka. Syabas diucapkan kepada yang berjaya! Cenderahati seperti 'button badge' limited edition dari PSSKM telah diberikan kepada 100 peserta pertama yang datang. Disamping itu, program ini juga mendapat sambutan daripada staff UiTM sendiri. Alhamdulillah....
Secara keseluruhannya, program kempen derma darah ini dapat menarik lebih ramai mahasiswa (remaja) untuk mendermakan darah mereka kepada yang lebih memerlukan, selain dapat membantu menambah bilangan bekalan darah pihak hospital. Dengan sambutan yang menggalakkan dari para pelajar, insyaAllah program seperti ini akan diteruskan lagi pada semester-semester yang akan datang.
Sebarang komen atau pendapat, sila nyatakan di bawah. Terima Kasih! (n_n)
No comments:
Post a Comment