Saturday, March 12, 2011

Kempen Derma Darah 2011





Rabu, 23 Februari 2011, Program Kempen Derma Darah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) 2011 telah sempurna dirasmikan dengan sambutan tetamu dari pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang oleh Puan Farahzawanah Ali, Penasihat bagi program ini. Program Kempen Derma Darah ini juga telah dihadiri oleh 3 orang staf dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM bagi memeriahkan lagi program ini. Program Kempen Derma Darah ini telah bermula dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tepat jam 8.00 pagi semua ahli jawatankuasa berkumpul di Bangunan Prima Siswa bagi membuat persediaan terakhir sebelum menyambut kedatangan pihak hospital. Pengarah memberikan taklimat ringkas sebelum program bermula. Seterusnya ketibaan Penasihat program, Puan Farahzawanah Ali bersama beberapa staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM untuk menyambut tetamu dari pihak hospital. Puan Farahzawah Ali dan staf-staf turut memberikan sedikit taklimat sebelum bermulanya program bagi persediaan terakhir sebelum program.

Pada jam 8.30 pagi pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang tiba bersama 2 biji kereta ambulans yang membawa peralatan serta staf-staf hospital. Ketibaan mereka disambut oleh Pn. Farahzawanah Ali, Penasihat program, staf-staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal serta biro-biro program. Pada jam 8.45pagi makanan untuk sarapan pagi bagi kakitangan hospital tiba. Mereka telah membahagikan tugas yang ada seperti menyusun atur peralatan untuk proses derma darah dan yang bersarapan. Dalam masa yang sama biro-biro program dan staf-staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal mengambil peluang ini untuk beramah mesra bersama kakitangan hospital bagi mengeratkan silaturrahim antara kami. Setelah semua kakitangan hospital bersedia, kaunter pendaftaran untuk para penderma dibuka.

Pada 9.00 pagi, Kempen Derma Darah bermula. Sejurus sahaja kaunter pendaftaran dibuka, terdapat ramai pelajar menanti giliran bagi mengisi borang pendaftaran sebelum meneruskan proses derma darah. Program Kempen Derma Darah ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Dari pihak Fakulti Kejuruteraan Mekanikal juga turut menyediakan meja pendaftaran untuk mengenalpasti jumlah penderma darah pada hari kejadian. Pada masa yang sama juga kami telah menyediakan 100 biji “key chain” sebagai tanda penghargaan kepada 100 orang penderma terawal.

Pada jam 11.00, kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah menjamu selera makanan tengahari secara bergilir-gilir. Program ini mendapat sambutan yang sangat hangat dari seluruh warga UiTM. Faktor tempat yang stategik ini secara tidak langsung seluruh warga UiTM mengetahui tentang adanya program ini. Pada jam 12.30 tengahari, merupakan waktu kemuncak, kerana terlalu ramai pelajar yang ingin menderma darah. Pihak hospital telah menyediakan 10 buah katil dan dapat menampung sejumlah pelajar yang begitu ramai. Program ini diteruskan sehingga ke waktu petang.

Pada jam 4.00 petang, minum petang telah siap disediakan oleh biro program untuk kakitangan hospital. Pada waktu ini juga masih terdapat ramai pelajar yang ingin menderma. Jam 4.30 petang jumlah pelajar yang ingin menderma semakin ramai kerana kelas tamat pada jam 4.30 petang. Pihak hospital mengambil keputusan untuk memanjangkan sedikit masa untuk menderma bagi memberi peluang kepada para pelajar yang ramai untuk menderma. Masa program Derma Darah tamat pada jam 5.00 petang walaupun di dalam aturcara program sepatutnya program tamat pada jam 4.15 petang.

Seterusnya, satu majlis penutup telah dijalankan sebagai tanda penghargaan serta sebagai tanda terima kasih kepada semua kakitangan dari pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Puan Farahzawanah bt. Ali sebagai Penasihat Program dan juga wakil dari pihak Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah memberikan sedikit cenderahati sebagai tanda kenangan daripada fakulti kepada mereka. Program Kempen Derma Darah tamat sejurus selesai majlis penutupan ini.


Program Kempen Derma Darah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 2011 telah mencapai objektif walaupun wujud sedikit masalah, melalui program ini seluruh warga UiTM mengetahui bahawa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sangat menitik beratkan kebajikan rakyat Malaysia. Seterusnya Penganjuran Program Kempen Derma Darah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 2011 adalah untuk membantu pihak hospital dalam menambahkan bekalan darah untuk pesakit. Selain itu, melalui program ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri seluruh warga UiTM supaya sentiasa mengingati orang yang berada dalam kesusahan. Tambahan lagi melaui program ini juga dapat melatih serta melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Secara keseluruhannya perlaksanaan program ini memberi impak yang positif, mencapai objektif dan mendapat maklum balas yang baik dari seluruh warga UiTM, Shah Alam.


No comments:

Post a Comment